30 December 2011 Ï Friday, December 30, 2011 Ï 3 letters
bace tau lau tak bace siap korang !!
Tak keras pun amaran tu..., tapi kalau nak baca dari atas baru boleh tahu segala FAKTA
1. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
3. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
4. Tahukah Anda Facebook akan dikenekan bayaran dan tidak menjadi "free" lagi . Menurut sumber perisikan yang aku upah untuk menyelongkar laci encik Zuckerberg, facebook dikatakan bakal mewujudkan 2 option kepada pengguna laman web sosial itu bermula tahun hadapan, Facebook Free dan Facebook Pro.Untuk account free, pengguna tetap boleh menggunakan account mereka seperti biasa, tapi dikhabarkan size untuk gambar dan video yang boleh di upload dan ditonton melalui account biasa ini akan dilimitkan, tidak seperti apa yang dinikmati oleh pengguna facebook sekarang.Status update juga dikatakan akan dilimitkan kepada 1 atau 2 kali saja SEHARI kepada pengguna free account, tidak seperti sekarang yang mana ikut suka kepala hotak akula nak update berapa kali sehari..Serius...
5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
12. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya .....
13. Dan perasan tak no.4 ade 2 kali dan paling pnting aku dah tipu korang pasal facebook tu . jgn marah heheh
okay dah nak kene kemas baju smue bagai == . kbai
mood : masih terasa penangan cite tentang dhia huaaaaaa :'(